Kedatangan Haid

Sepanjang tempoh haid, wanita mempunyai daya tahan tubuh yang secara relatifnya lebih lemah dan bakteria mudah menjangkiti faraj mereka yg mana akan menyebabkan inflamasi dan ketidakselesaan yang boleh mendatangkan penyakit.

Dengan demikian, pemilihan dan pengunaan tuala wanita yang bersesuaian amat penting bagi menjamin kemampuan penyerapan yang optima.

AURAFEM mengandungi Ion Negative (Anion) dan Haba Infra Merah (FIR) yang mampu membasmi bakteria (menghilangkan bau) dan mengekalkan tahap kesihatan yang lebih baik.

CIRI-CIRI AURAFEM

# Ion Negatif (ANION) dan Lapisan Haba Infra Merah (FIR)

Meneutralkan bahaya ion positif agar tubuh lebih relaks dan selesa sepanjang tempoh menstruasi. Ia turut membantu mengurangkan bau dan memperbaiki kesihatan.

# 100% Lapisan Ultra Halus Tanpa Kitar Semula

Lembut pada semua jenis kulit

# Lapisan Ultra Menyerap

Lapisan penyerapan hebat menyerap cecair dengan pantas dan mengelakkan kebocoran.

# Pengudaraan

Memastikan anda kering dan bersih.

Haba Infra Merah (FIR)

Meningkat peredaran darah dan membekalkan oksigen ke tisu-tisu yang rosak (membantu pengurangan sendi kronik dan kesakitan otot).

Mengalakkan ketenangan dan keselesaan, tidur yang nyenyak dan melegakan tekanan.

Mengurangkan tekanan darah dan memperbaiki kepekatan darah.

Kesan terapeutik Haba Infra Merah:

* mengurangkan kekejangan sendi
* melegakan kekejangan otot
* meningkatkan peredaran darah

Ion Negatif (Anions)

Ion Negatif (Anion) akan menyerap ke rahim melalui faraj dan seterusnya memperbaiki peredaran darah. Oleh itu, kelodak dan darah beku dalam faraj akan keluar dengan lebih lancar dan mengurangkan keradangan serta menghilangkan bau.

AURAFEM berkesan menyekat pertumbuhan dan kewujudan bakteria dan virus-virus, meningkatkan metabolisme badan, memperbaiki perembesan dan sistem imunisasi. Ia juga berkesan dalam menyesuaikan tekanan, membasmi bakteria, mengurangkan keradangan, bau dan keletihan.

8 LAPISAN UNTUK KESELESAAN

1. Lapisan permukaan selembut sutera untuk penyerapan cepat;
2. Lapisan perlindungan tambahan depan & belakang;
3. Lapisan plastik gred makanan (food grade);
4. Lapisan kertas bebas habuk;
5. Lapisan gel penyerap, 5 kali lebih penyerapan;
6. Lapisan kertas bebas habuk;
7. Lapisan telus udara;
8. Lapisan Sisipan Sinar Jauh Infra Merah & Anion (Ion Negatif).

SOALAN & JAWAPAN

Mengapa tuala wanita Aurafem Sinar Jauh Infra Merah & Anion anti bakteria?

Gabungan Sisipan Sinar Jauh Infra Merah, Anion dan suhu badan akan menjana haba yang mampu membasmi bakteria dan menghilangkan bau. Sinar Jauh Infra Merah juga mempercepatkan proses penyembuhan kulit serta meransangkan peredaran darah.

Mengapa tuala wanita Aurafem tidak mengandungi pewangi?

Kehadiran pewangi tidak bermakna kebersihan, ia hanya untuk menghilangkan bau. Kebanyakan wanita terdedah kepada alahan berpunca dari tuala wanita yang mengandungi pewangi. Aurafem berupaya membasmi bakteria yang menyebabkan bau.

Mengapa tuala wanita Aurafem telus udara?

Lapisan asas khas Aurafem mempunyai kemampuan telus udara yang menyekat ketelusan cecair.

Telah diuji dan disahkan?

Aurafem telah diuji oleh Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bersifat sensitif, manakala makmal SGS pula mengesahkan tiada logam dan bakteria seterusnya menepati piawaian antarabangsa. Dikilangkan oleh kilang yang ultra moden dan mempunyai piawaian ISO 14001:2004 dan ISO 9001 : 2000

Apakah kelebihan bahan yang digunakan Aurafem?

Lapisan ultra halus dihasilkan untuk keselesaan, menyerap cecair dengan bebas tanpa radang. Bahan penyerapan mampu menyerap 5 kali lebih daripada biasa. Bahan penyerap di lindungi kertas bebas habuk dan tidak menggunakan kertas kitar semula (kertas kitar semula mungkin mengandungi bahan-bahan yang membahayakan kesihatan wanita). Gam yang digunakan adalah jenis gam yang berasaskan makanan.

Apakah kelebihan bungkusan Aurafem?

Pembungkusan Aurafem diperbuat dari kerajang (foil) yang digunakan dalam Industri pemakanan.

Adakah perlu menjadi ahli dan membayar yuran pendaftaran untuk membeli produk ini?

Untuk melayakkan anda mendapat harga special, anda disarankan agar menjadi pengedar atau stokis. Tiada sebarang yuran pendaftaran dikenakan.